Satu Pengajaran Dari Nabi Ibrahim

Diriwayatkan dari Imam Ja'far As Sadiq, bahawa sesungguhnya Nabi Ibrahim A.S. Khalilullah (Kekasih) Allah pernah memanjatkan doa di tempat ia mengembala haiwan ternakannya di bukit Baitul Maqdis, pada waktu itu ia bertemu dengan lelaki ahli ibadah. Maka terjadilah dialog antara keduanya.

Nabi Ibrahim bertanya : "Apakah hari yang paling mulia?"

Ahli Ibadah itu menjawab : "Hari pembalasan, pada waktu manusia di balas antara satu dengan yang lainnya."

Nabi Ibrahim berkata : "Apakah engkau dapat mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga akan mengangkat tanganku untuk mengAminkannya (doa) supaya kita dihindari dari kesengsaraan di akhirat itu (hari pembalasan)?"

Ahli Ibadah itu berkata : "Janganlah engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak tiga puluh tahun yang lalu, tetapi doaku itu tidak dikabulkan."

Nabi Ibrahim bertanya : "Apakah engkau mahu aku beritahu tentang sesuatu yang menahan doamu?"

Ahli Ibadah itu menjawab : "Ya"

Lantas Nabi Ibrahim berkata "Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan menahan doanya, supaya dia selalu bermunajat, memohon dan meminta kepadaNYA. Jika Dia marah kepada seseorang hamba, maka Dia akan cepat memakbulkan doanya atau memberikan keputusan di dalam hatinya"

Cadangan Pembinaan Semula Web Islam & Anda

Assalamualaikum semua..
Saya bercadang ingin mewujudkan sebuah laman web ISLAM & ANDA yang lebih sistematik dan teratur bagi tujuan memberi kefahaman Islam kepada masyarakat yang ingin memahami Islam dengan lebih mendalam dan teratur. Saya memerlukan seberapa banyak bantuan penulisan dan idea dari sahabat semua bagi memudahkan proses pembikinan. Semoga dengan usaha kita yang kecil ini akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

Di bawah saya nayatakan " Piramid Tingkatan Kefahaman Islam" yang wajar di ketahui oleh semua Umat Islam.

Warna Merah dan Hijau menandakan tajuk utama, manakala di dalam kurungan adalah subtopik.

Sebarang komen dan penambahan, sila email saya di zulfadhli.alfahmi@gmail.com

Piramid Tingkatan Kefahaman Islam

  1. AQIDAH| AHL SUNNAH WAL JAMAA’AH | ASMAUL HUSNA |
  2. IBADAH | SOLAT WAJIB & SUNAT | PUASA | ZAKAT | HAJI |
  3. SYARIAT | FARDHU AIN | FARDHU KIFAYAH |
  4. HARAKAH ISLAM | TARBIYYAH RUHIYYAH | PERLUNYA INTIMA’ DALAM JEMAAH ISLAM |
  5. AKHLAK | PERIBADI | KELUARGA | MASYARAKAT | MAKHLUK SELAIN MANUSIA |
  6. KEKELUARGAAN| BAITUL MUSLIM | PERCINTAAN | ANAK MUSLIM@MUSLIMAH |
  7. SIRAH RASUL | FIQH SUNNAH | ITTIBA’ RASUL |
  8. FAHAM AL QURAN | TAFSIR QURAN | HIKMAH QURAN |
  9. FAHAM AL HADITH | TAFSIR HADITH | HIKMAH HADITH |
  10. DAKWAH @ ISLAH MUSLIM | USLUB DAKWAH | BAHAN BANTU DAKWAH |
  11. DAKWAH NON MUSLIM | USLUB DAKWAH | BAHAN BANTU DAKWAH |
  12. FATWA | KONTEMPORARI | SILAM |
  13. MAZHAB ISLAM | HANAFIAH | MALIKIAH | SYAFIIYYAH | MALIKIAH |
  14. ZIONISME | PROTOKOL ZIONIS |
  15. MISSIONARY | PROTOKOL MISSIONARY |
  16. KENALI MUSUH | NAFSU | SYAITAN |
  17. BID’AH SATU PENJELASAN | MENGIKUT AHL SUNNAH WAL JAMAAH |
  18. TASAUF | ROHANI |
  19. TAHUN DALAM ISLAM | BULAN DALAM ISLAM |
  20. KOLEKSI KERTAS KERJA SEMINAR |UNIVERSITI – UNIVERSITI MALAYSIA |
  21. KOLEKSI KATA HIKMAH

Tiada Ilah Melainkan Allah S.W.T.

Jika Penciptamu telah Maha Pemurah memberikan alat penglihatan bagimu pada waktu kamu masih berwujud daging dan segumpal darah dalam perut ibumu, kemudian Dia melengkapkannya dengan alat penangkap cahaya, sehingga kamu dapat melihat dan dapat membezakan apa yang ada disekelilingmu, baik yang jauh mahupun yang dekat.


Jika Khaliqmu telah memberikanmu pendengaran ketika kamu dalam rahim ibumu, lalu Dia lengkapkan dengan alat pendengaran, sehingga kamu dapat menangkap pelbagai gelombang suara. Dengan alat itu kamu dapat memperhatikan dan mendengar apa yang kamu perlukan, dapat menghimpun berbagai macam ilmu dan pengetahuan sampai kepadamu melalui alat pendengaran itu. Kamu juga dapat berbicara dan bergaul dengan masyarakat dunia melalui alat pendengaran yang sangat berguna itu.

Jika Khaliqmu telah memberikanmu kekuatan aqal, kesedaran, pengertian, perbezaan antara yang haq dan batil, sehingga dengan kekuatan aqal dan qalbu yang sedar kamu dapat dibezakan dari makluk yang lainnya. Dengan aqal yang diberikan-Nya kepadamu, kamu berhasil memanfaatkan benda-benda yang ada disekelilingmu untuk kepentingan hidupmu. Kamu berhasil menundukkan gunung, lautan dan daratan, kamu berhasil menyelam ke dalam lautan dan mengharungi angkasa raya.

Cubalah kamu renungkan, wahai manusia yang cerdik, seandainya kamu tidak mempunyai pendengaran, penglihatan dan aqal yang sihat, tentulah kamu tidak sanggup berpindah-pindah tempat untuk mencari tempat teduh yang aman. Kamu tidak akan menemukan makanan dan minuman dengan mudah. Kamu juga tidak akan sanggup menyelamatkan diri dari kebuasan haiwan dan keganasan manusia lainnya. Di saat itulah kamu akan berfikir, bahawa kematian adalah lebih baik bagi dirimu daripada hidup dalam keadaan buta, pekak dan tidak memiliki aqal yang sihat.

Kalau keadannya demikian, wahai anak manusia yang pintar, mengapa kamu tidak sependapat dengan kami? Bahawa kewajipan utama dan pertama umat manusia adalah beriman kepada Allah? Kewajipan utama lainnya ialah kamu harus menggunakan nikmat yang telah diberikan-Nya kepadamu untuk mengenal Dia, supaya kamu tahu apa maksud dan tujuan dirimu diciptakan.

Pernahkah kamu membayangkan, jika sampai Tuhanmu marah dan mengambil kembali apa yang telah diberikan-Nya kepadamu? Dia cabut pendengaranmu. Dia cabut penglihatanmu. Dia cabut aqalmu. Lalu adakah ada orang yang sanggup menggantikan semua perlengkapan yang engkau perlukan itu?


Tepatlah di dalam AlQuran, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud*;

“Katakanlah, terangkanlah kepada mereka jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah Tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana Kami berulang kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami, kemudian mereka tetap berpaling juga” (Surah AlAn’am : 46)

Begitulah seharusnya sikap kita, iaitu menggunakan nikmat yang sudah tersedia untuk mengenal Khaliq, serta menggunakannya di jalan kebaikan supaya Allah S.W.T. tetap redha kepada kita. Sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Maka ingatlah Allah, sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui.” (Surah AlBaqarah : 239)

Dengan demikian, kita akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang taat dan bersyukur kepada-Nya. Disamping itu, kewajipan utama dan pertama bagi seorang manusia yang beraqal ialah patuh pada perintah Tuhannya yang berFirman;

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah” (Surah Muhammad : 19)

Kita harus benar-benar yakin dengan kalimah tauhid ini dan janganlah sampai aqidah kita menjadi goyang dan juga supaya kita masuk ke dalam golongan orang yang mampu melihat hakikat keimanan kepada Allah S.W.T, melalui jalan ilmu pengetahuan. Dengan demikian, manusia telah mengangkat darjat dirinya dari orang yang buta dan pekak, yang tidak mahu mengakui kebenaran Tuhan menjadi orang yang mencintai Allah S.W.T dengan kesedarannya sendiri. Walahu’alam.

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya, dengan limpahan rahmat yang aku dapat memperoleh rahsianya di dalam menghafaz AlQuran dan mengamalkannya. Dan berikanlah aku rezeki daripada AlQuran itu berupa ilmu yang bercahaya, serta limpahkan keselamatan yang banyak.”

* Ayat AlQuran tidak dimasukkan. Hanya mafhum dan pengertian sahaja untuk menjaga kesuciannya. Ya Allah, redhakanlah ‘ilmuku.

Zulfadhli Al Fahmi Abdul Hamid AsSarawaqi
E-mail: zulfadhli.alfahmi@gmail.com

”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya” (Surah Al Baqarah (2): 207)

Bolehkah mimpi Dipercayai?



Mimpi? Ia.. Aku sering bermimpi.. Indah.. Semalam aku bermimpi menikahi seorang wanita solehah idaman hatiku.. Hidup bahagia bersama.. Hidup berkeluarga… Hanyut aku dibuai perasaan.. Membuatkan aku terleka dan ingin meneruskan tidur walaupun azan subuh sudah berkumandang… Seolah-olah aku ingin ianya menjadi kenyataan.. Hmm… Teringin aku mencari apakah sebenarnya makna mimpiku ini… Namun, adakah semua mimpi boleh dipercayai?

Ketika kita sedang tidur, kita sering bermimpi seolah-olah dibawa mengembara ke alam fantasi yang amat menyeronokkan. Kadang-kadang mimpi dirasakan sebagai kejadian yang benar berlaku di alam nyata tetapi segera hilang apabila tersedar.

Semua orang pasti bermimpi.. Bersua dengan mimpi yang beraneka bentuk ketika sedang tidur.. Ini tidak terkecuali juga kepada Nabi dan RasulNya..

AlQuran sendiri ada menceritakan tentang mimpi para Nabi dan RasulNya.. Antaranya ialah tentang mimpi Nabi Muhammad S.A.W dalam FirmanNya;

“Demi sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa Sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman…”(Surah al-Fath ayat 27)

Mimpi Nabi Ibrahim juga terdapat di dalam AlQuran, Firman Allah;

“Maka tatkala anak (Nabi Ismail) itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan dapat daku termasuk orang-orang yang sabar" (Surah al-Shaffat ayat 102)

Dalam cerita mimpi Nabi Yusuf a.s. Allah telah berfirman;

(Ingatlah peristiwa), ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, Sesungguhnya Aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." (Surah Yusuf ayat 4)

Daripada cerita-cerita ini jelas menunjukkan para Rasul juga bermimpi. Cuma mimpi yang berlaku ke atas para Nabi dan Rasul terselamat daripada gangguan syaitan walaupun ketika sedang tidur dengan lena.

Dalam kita menentukan sama ada perkara yang dialami atau dilihat ketika tidur itu boleh dipercayai atau sebaliknya, perlulah diteliti terlebih dahulu bentuk dan jenis mimpi itu, serta jenis manusia yang bermimpi.

Syeikh Al Imam An-Naisaburi menegaskan bahawa Allah S.W.T. mencipta Jauhar al Nafs iaitu diri manusia yang dikenali sebagai rohani (roh). Roh boleh keluar dan berpisah daripad jasad manusia untuk beberapa waktu pada masa-masa tertentu iaitu apabila seseorang itu tidak sedarkan diri, ketika nazak, atau sedang tidur. Roh keluar menjelajah ke alam luar dan adakalanya sehingga menjejaki ke alam angkasa, ke alam Malakut dan alam Jabarut serta meninjau persekitaran Loh Mahfuz.

Apabila manusia berkeadaan normal ketika sedar, rohnya akan terikat dengan tugas-tugas rasminya menguruskan dan mengendalikan segala gerak badan termasuk aktiviti akal pemikiran manusia. Ketika ini roh tidak boleh bergerak bebas kemana-mana dan tidak boleh meninggalkan jasad manusia kecuali ketika manusia sedang tidur. Oleh itu ada orang yang mengatakan bahawa tidur itu adalah saudara kembar mati.

Syeikh al Imam An Naisaburi membahagikan mimpi kepada dua jenis.

Pertama adalah Ru’ya Al Sadiqah (mimpi yang benar) yang biasanya berlaku dikalangan para Nabi dan Rasul dan kadang-kadang berlaku juga kepada manusia biasa, cuma kita sahaja yang tidak dapat menentukan sama ada benar atau bayangan aqal sahaja. Mimpi jenis ini adalah satu kebenaran dan boleh dipercayai. Jenis ini boleh dihuraikan dan dita’birkan (dihuraikan) walaupun tidak ramai yang mengetahui ta’bir mimpi.

Kedua ialah Adghathu Ahlam (mimpi yang bercampur aduk dan yang dianggap mainan tidur). Mimpi jenis ini banyak berlaku di kalangan manusia biasa dan merupakan bayangan akal atau jelmaan. Bayangan ini biasanya menjelma dalam tidur seseorang akibat daripada ganbaran dan pemikiran yang masih ada dalam ingatan dan terbawa -bawa hingga ke masa tidur.

Huraian ini jelas menunjukkan bahawa ada mimpi yang boleh dipercayai, yang boleh dita’birkan dan di analisa berlaku di kalangan orang tertentu.

Tetapi kebanyakan jenis mimpi hanyalah merupakan jelmaan pemikiran hasil daripada khayalan yang kadangkalanya ada berkaitan dengan apa yang berlaku sebelumnya.. Ada juga yang berpendapat bahawa mimpi juga adalah bayangan hasutan syaitan ke dalam fikiran manusia ketika aqalnya tidak dikuasai oleh rohani dan keimanan.

Persoalannya sekarang.. Bagaimana memelihara diri dari mendapat mimpi yang buruk serta terpelihara dari gangguan syaitan..?

Menurut pengalaman, penulis menyarankan beberapa kaedah sahaja untuk tatapan pembaca sekalian dan bolehlah dirujuk kaedah yang lain untuk tambahan pengetahuan disamping mengamalkannya.

Bersihkanlah tempat tidur terlebih dahulu dari sebarang kotoran. Disamping kekotoran boleh menyebabkan penyakit, syaitan amat menyukai pada kekotoran dan bersarang padanya. Jika katilmu telah lama ditinggalkan dari penghuni, ambillah selimut atau lembaran kain dan kibarkan pada katil sebanyak 3 kali sambil membaca selawat keatas Rasulullah. Ini bagi mengelakkan tidurmu dari diganggu jin dan ‘penghuni lain’ sebelummu. Penulis seringkali mendapat aduan dari pelajar asrama yang di tindih oleh makhluk halus. Kemungkinan besarnya disebabkan tidur di atas katil yang telah lama ditinggalkan.

Amalkan sebelum tidur dengan berwudhu’ walaupun ianya bukanlah sunnah namun ianya adalah perkara yang baik. Semoga dirimu diberkati Allah. Lazimkan diri membaca alFatihah ditambah dengan Surah 3 Qul (Surah Al Ikhlas, Al Falaq, AnNas) dan sapukan diseluruh badan bermula dari kepala hingga ke kaki. Semoga dengan ini dirimu akan dilindungi dari bela bencana, sihir dan gannguan syaitan. InsyaAllah.

Akhir sekali saranan penulis sebagaimana yang di amalkan oleh Saidina Umar r.a., maafkanlah kesalahan orang lain dan redhakan mereka di dalam sepanjang hari kita mencelikkan mata sebelum masuk tidur, mudah-mudahan tidurmu akan menjadi lebih tenang dan aman.


Zulfadhli Al Fahmi Abdul Hamid AsSarawaqi
E-mail: zulfadhli.alfahmi@gmail.com

”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya” (Surah Al Baqarah (2): 207)"